


NAMA: JOANNA DELANEY ANAK DUNYA
NO. MATRIK: D20202096985
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN MORAL) DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER: 2
MAKLUMAT PELAJAR
PENDAHULUAN
Pengurusan bermaksud tidakan atau kesan dalam mengurus dan mentadbir manakala murid pelbagai upaya ialah murid yang mempunyai perbezaan dari segi perkembangan, emosi, keupayaan dan fizikal dari murid-murid yang lain. Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada murid yang mempunyai masalah seperti:
-
Masalah pembelajaran
-
Kecacatan anggota badan
-
Masalah penglihatan atau buta
-
Masalah pendengaran
-
Down Syndrome
​
Pengurusan murid pelbagai upaya ini berkait rapat dengan pendidikan khas. Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu- individu yang berkeperluan khas. Konsep Program Khas menurut Akta Pendidikan 1996 Program khas adalah:
-
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
-
Program yang disediakan di sekolah pendidikan khas untuk pelajar berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan.
-
Menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berasingan.
-
Memetik rujukan daripada Buku Panduan Pengoperasian PPKI, program ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan, mengembangkan potensi murid dengan mencungkil bakat dan minat murid dan menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan terkini.
2. Program Pendidikan Inklusif
-
Inklusif bermaksud merangkumi. Menurut Ismail, Mokhtar dan Hanafi (2012), inklusif boleh ditakrifkan sebagai proses pengintegrasian murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah yang biasa. Dalam konteks Pendidikan khas, proses ini bermakna murid-murid berkeperluan khas ini akan belajar bersama-sama dengan rakan-rakan tipikal yang lain di dalam bilik darjah yang sama dan diajar oleh guru biasa.
-
Pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan orang berkeperluan khas di negara ini. Ini kerana pendidikan menjadi aset kepada setiap individu termasuk golongan keperluan khas.
ISI-ISI PENTING
PEMULIHAN
Pemulihan bermaksud sembuh atau baik semula. Maksud pulih disini ialah berkait rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesukaran pembelajaran. Pemulihan merupakan tindakan yang dilakukan bagi membantu murid yang mempunyai kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Dimana pembelajaran lebih menumpukan dalam aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program khas ini dibina bagi mengatasi ketidakupayaan yang menghalang pembelajaran pelajar terutamanya dalam penguasaan kemahiran. Ciri-ciri kanak pemulihan ialah rendah diri, pasif, mengganggu rakan, kerap tidak hadir sekolah, malas dan cepat bosan.
PENGAYAAN
Pengayaan ialah memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan minat, daya kreativiti. Terdapat dua jenis pengayaan iaitu pengayaan mendatar dan menegak.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi. https://www.moe.gov.my/images/kpm/pemberitahuan/2015/BUKU%20PANDUAN%20PENGOPERASIAN%20PPKI-2015.pdf
2. Nor, S. M. H., & Rashed, Z. N. (2018). Peranan dan Cabaran Guru-Guru Pendidikan Khas Membentuk Kemenjadian Murid-Murid Masalah Pendengaran dalam Abad ke 21. , (1), 1-8. https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/10/11
3. Roshiza Binti Abdul Wahab. (2015). Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Tumpuan Dan Hiperaktif (ADHD). http://eprints.usm.my/30325/1/ROSHIZA.pdf
4. Saiful Azam. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/332521325_Program_Pendidikan_Inklusif_Bagi_Murid-Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia
RUJUKAN

RAJAH 1
Sebagai contoh, pelajar ADHD yang mempamerkan kombinasi ketidakupayaan dalam dua dimensi iaitu fungsi kognitif dan tingkahlaku melibatkan kurang tumpuan, impulsif dan tingkahlaku hiperaktif (Barkley, 1998) boleh menggunakan jenis pengayaan mendatar iaitu mengikut kebolehan mereka agar dapat menarik minat mereka untuk mengikuti pembelajaran.
BERKEPERLUAN KHAS
Pendidikan khas adalah kemudahan pendidikan kepada murid yang berkeperluan khas atau kurang upaya. Pelajar berkeperluan khas mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-berbeza. Bagi pengurusan murid pelbagai upaya, menurut Don Skinner (2010) guru perlu menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik dan menarik agar objektik yang dirancang dapat dicapai. Pencapaian objektif mestilah berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Guru dapat menguru murid yang mempunyai masalah pendengaran dengan menukar kaedah pembelajaran iaitu menunjukkan gambar atau memaparkan pembelajaran di television kerana mereka hanya bergantung kepada visual melalui deria penglihatan kerana mereka tidak boleh bertutur dengan baik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, seorang guru pendidikan khas haruslah mempunyai kesabaran dalam mengurus dan mengajar murid berkeperluan khas kerana mereka berbeza dengan pelajar yang lain. Bahan pengajaran haruslah bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Murid-murid pelbagai upaya juga mempunyai masa depan dan potensi yang dapat digunakan pada masa akan datang namun ia juga memerlukan pihak guru dalam membantu mendorong mereka. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam mendidik murid-murid pelbagai upaya.

Tajuk 1: Organisasi dan Kepimpinan
TAJUK 2: PENGURUSAN MURID
TAJUK 3: PENGURUSAN BILIK DARJAH
TAJUK 5: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
TAJUK 8: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
NOTA-NOTA KUMPULAN LAIN
TAJUK 6: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
TAJUK 9: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TAJUK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
TAJUK 10: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
TAJUK 11: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
TAJUK 12: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
TAJUK 4 : PENGURUSAN SUMBER

L
I
N
K
AHLI KUMPULAN 10
FLORA ANAK SULIM
SHUEAT CHELSEA JEFFRY
MESEZABIL MARTIN
AHSLYZAAH LYSS AHZILOT
NURUL HUSNA BINTI AHMAD TARMIDI
SILA TEKAN LINK DI ATAS SEPERTI YANG TELAH DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

